Monday, February 22, 2010

KEPADA HAWA YANG BERKENAAN


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG……..

Assalamualaikum HAWA..

Semoga sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH S.W.T selalu. Tujuan utama surat ini ditulis adalah untuk memberi sedikit nasihat dan peringatan kepada saudari HAWA. Ini bukan bermakna ana tidak membuat kesalahan dan kesilapan. Sudah menjadi fitrah manusia untuk membuat kesalahan, dan turut menjadi fitrah manusia untuk insaf dan bertaubat di atas semua kesalahan yang telah dilakukan. Sebagai manusia yang dhaif, saya terpanggil untuk memberi sedikit peringatan kepada saudari, supaya saudari tidak pergi lebih ‘jauh’ dari batas-batas syarak.

            Terlebih dahulu ana ingin memohon maaf andai kandungan surat ini akan menyentuh perasaan saudari. Ana hanya ingin menunaikan tanggungjawab ana sebagai seorang muslim dan tidak mahu turut menanggung dosa-dosa yang saudari lakukan dengan membutakan mata dan hati di atas segala perbuatan saudari.Mungkin sahabat-sahabat HAWA tidak pernah meneguri HAWA dan kiranya menjadi tanggungjawab ana untuk menegur sesuatu yang tidak betul pada pandangan masyarakat sekeliling kita. Pertama HAWA, tolonglah menjaga peribadi sebagai seorang muslimah, tidak kira dari segi pemakaian atau dari segi tingkah laku dan adab. Dari segi pemakaian, tolonglah HAWA pakailah pakaian yang longgar dan labuh. Labuhkan tudung hingga ke dada. Tutuplah segala anugerah yang Tuhan berikan kepada kaum Hawa. Sesungguhnya perhiasan-perhiasan pada tubuh kita ini hanya untuk lelaki yang sah,iaitu suami kita kelak. Tidak perlu dipertontonkan untuk semua HAWA. Hadis Rasullullah S,A.W, “sesungguhnya perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikkannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya akan memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kelak.”

            Kedua HAWA, berkaitan dengan pergaulan atau pun ikhtilat. HAWA… tiada sesiapa pun yang menghalang hubungan HAWA dengan dengan mana-mana lelaki atau sesiapa sahaja. Kerana kami tahu itu adalah fitrah manusia, mahu disayangi dan menyayangi. Tapi HAWA, setiap perkara harus ada batasnya. Perhubungan antara laki-laki dengan perempuan juga harus ada batasnya. Sebagai muslimah yang sejati HAWA harus tahu menjaga batas-batas perhubungan. Maksud ana, kita tidak perlu selalu berjumpa atau keluar berdua-dua untuk membuktikan kita berkasih sayang. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." ( HR.Ahmad) Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al Isra:32).

            Ana berharap bahawa ana adalah orang yang pertama dan terakhir menegur HAWA dengan cara sebegini. Bukan niat untuk membuka pekung di dada HAWA tetapi tujuan ana adalah demi kebaikan muslimah sejati yang ana kasihi. Ana berharap agar HAWA tidak mengambil hati dengan apa yang telah dibangkitkan dalam warkah ini. Ana tidak mengharapkan nama untuk membuktikan ana adalah seorang yang baik,tetapi yang ana mahukan adalah hijrah perubahan diri,terutama kaum Hawa.Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk dan kelemahan itu datang dari ana sendiri…
Akhir kalam, ana sentiasa mendoakan kesejahteraan HAWA serta diri kita semua….Amin….

Wassalam….





Thursday, February 4, 2010

Mulakan Segala Pekerjaan Dengan Basmalah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  

Di dalam al-Quran terdapat 114 surah. Semua surah dimulakan dengan lafaz basmalah kecuali surah at-Taubah. Hal ini menunjukkan bahawa tiap-tiap surah itu merupakan pemberian rahmat daripada Tuhan yang bersifat RAHMAN (pemberi rahmat) dan bersifat RAHIM ( sifat penyantun ). 


Sebenarnya keadaan ini menunjukkan bahawa Allah menyuruh kita memulai segala pekerjaan kita yang baik dengan membaca lafaz basmalah supaya pekerjaan kita itu sempurna dan diberkati.


Beberapa hadith menunjukkan bahawa tiap-tiap pekerjaan yang tidak dimulai dengan basmalah tidak akan sempuna kecuali jika ketika melakukan pekerjaan yang hina seperti istinja' dan menyapu sampah dan sebagainya. 

Membaca basmalah pada tiap-tiap permulaan pekerjaan seperti ketika mula makan, berniaga, belajar, mengarang , bersetubuh, akan menghasilkan berkat dan pertolongan daripada Allah.


Memulakan tiap-tiap permulaan pekerjaan dengan basmalah juga akan mengingatkan kita bahawa pekerjaan yang hendak dilakukan itu haruslah sesuai dengan syariat Allah dan akan menjadikan suasana kebersamaan kepada Allah sepanjang melakukan perkerjaan tersebut.


Semoga kita semua dapat mengamalkan bacaan basmalah pada setiap permulaan pekerjaan kita.

Tuesday, February 2, 2010

FAHAMi & KUASAI BIDANG ILMU

Ilmu akan diperoleh apabila penghalang yang paling besar iaitu EGO dibuang. Kita ini ibarat wadah yang kosong, sifat-sifat mahmudah dan ilmu akan masuk ke dalam diri kita jika HIJAB ini dibuang. Buangkan ego kita terhadap guru-guru dan pensyarah kita. Rendahkan diri dihadapan pemberi-pemberi ilmu serta tidak mendabik dada.

Mengapa kita perlu menguasai ilmu?
Kita perlu menguasai ilmu adalah untuk mendapat keyakinan dalam berdakwah. Oleh itu pendakwah harus menguasai semua jenis bidang ilmu.
العلم علمان :
فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع ؛ وعلم على للسان فذالك حجة الله على ابن آدم
Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati ( disertakan amal ), maka itulah yang bermanfaat dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah ( tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam.
Riwayat Ibnu Syaibah ddan Al Khatib


طلب العلم فريضة على كل مسلم
Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim.

Ilmu yang wajib dipelajari oleh semua muslim dan muslimat ialah :

1) Ilmu Aqidah / Usuluddin
2) Ilmu Fiqah
3) Ilmu Tasawuf

Manakala ilmu yang perlu dipelajari sebagai pelengkap ialah

1) Al-Quran ( Bacaan Tajwid dan Tafsir )
2) Al-Hadis ( Ilmu Mustolah Hadis )
3) Sirah (Baca dan Sampaikan )
4) Bahasa Arab
5) Dakwah
6) Semasa
7) (المؤمارات ) Konspirasi Musuh Islam
8) Usul Fiqh

Ilmu –ilmu di atas perlulah disebatikan dengan pengetahuan fikrah perjuangan yang  jelas dan tsaqafah mengenai isu-isu semasa, hiburan,politik, ekonomi ,pendidikan dan sebagainya.


Monday, February 1, 2010

Selamat Pengantin Baru Buat Ashraf Lukman



Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada sahabat senasyid Ustaz Ashraf bin Lukman dan Isterinya Nurul Hidayah. Walaupun perkahwinan ni dah berlansung pada tahun lepas namun rasanya masih belum terlambat untuk ana abadikan gambar kenangan ni di blog ni. Semoga sahabat-sahabat lain juga berjaya mengikut jejak langkah bertuah Ustaz Ashraf Lukman dalam meneruskan perjuangan sebagai pendidik dan pendakwah.

FARDUL MUSLIM - > BAITUL MUSLIM - > IJTIMAUL MUSLIM - > DAULAH ISLAMIAH 

Tak Sangka Ada Bakat Jadi Travel Guider

Surah Yusuf 108
...Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi
supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka?..
Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. 
Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?




“Min Kyfhal?" Tiba-tiba Ust Fakrul Azizi telefon. Aku menjawab ringkas , sohih..
Terdetik dalam hati, lama ustaz tak telefon aku ni, mesti ada sesuatu..

Min, enta free pagi sabtu ni sampai petang?
Rasanye free lagi stakat ni, nape ustaz?

Ana nak minta enta jadi travel Guider untuk sahabat dari Iraq boleh?
Ustaz biar betul, bahasa arab ana ni terabur, he2

Enta try la dulu, boleh praktik bahasa arab enta tu , ana tak sempat nak sambut kawan ana tu sebab kene bagi  kuliah kat UITM Kuala Terengganu.
Ok, enta sambut diorang kat Air Port Seberang Takir pukul 8 pagi esok ye. Dia datang dengan family dia.
 Baik ustaz ana try dulula…

Maka pagi sabtu tu jadila juga travel guider untuk sahabat Ustaz Azizi iaitu Hassan. Hassan bersama ayah, mak dan adik dia. Semuanya berasal dari Fallujah, Iraq. Hassan sedang mengambil Ijazah Kodoktoran di UITM Shah Alam dalam bidang Komputer Engineering dan adiknya bekerja di Dubai.



 
Aku, Ayah Hassan dan Ibunya di hadapan Qubbah Sakhra. "Taala sayyid Amin..katanya"

  
Hassan bergambar kenangan di hadapan Masjid

 
 Helwah Haza Masjid . Cantik masjid ni..kata Hassan


 
Tayangan video mengenai Masjid Al-Aqsa

  
Zalika masjid fi Iraq.. Masjid tu di Iraq ..kata Hassan

Travel tamat dalam pukul 1.30 petang. Puas hati juga dapat jalan-jalan dengan orang arab ni. Tapi hanya bahasa arab Hassan sahaja aku dapat faham sebab dia cakap dalam bahasa arab fushah.. Akhirnya dapatla juga praktik bahasa arab yang duk belajar selama ni dan lagi satu dapat masuk TTI free. Lama dah duk Terengganu tapi takpernah masuk ke situ..  InsyaAllah pada masa akan datang kita berjumpa lagi.

شكرا على زيارتكم إلى كوالا ترنجانو. أنا مسرور بلقاءكم وأرجو مقابلتكم مرة أخرى إن شاء الله.





 
Fikrah Seorang Mursyid. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.