Surah Yusuf 108
...Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi,
supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka?..
supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka?..
Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?
Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?
“Min Kyfhal?" Tiba-tiba Ust Fakrul Azizi telefon. Aku menjawab ringkas , sohih..
Terdetik dalam hati, lama ustaz tak telefon aku ni, mesti ada sesuatu..
Min, enta free pagi sabtu ni sampai petang?
Rasanye free lagi stakat ni, nape ustaz?
Ana nak minta enta jadi travel Guider untuk sahabat dari Iraq boleh?
Ustaz biar betul, bahasa arab ana ni terabur, he2
Enta try la dulu, boleh praktik bahasa arab enta tu , ana tak sempat nak sambut kawan ana tu sebab kene bagi kuliah kat UITM Kuala Terengganu.
Ok, enta sambut diorang kat Air Port Seberang Takir pukul 8 pagi esok ye. Dia datang dengan family dia.
Baik ustaz ana try dulula…
Maka pagi sabtu tu jadila juga travel guider untuk sahabat Ustaz Azizi iaitu Hassan. Hassan bersama ayah, mak dan adik dia. Semuanya berasal dari Fallujah, Iraq. Hassan sedang mengambil Ijazah Kodoktoran di UITM Shah Alam dalam bidang Komputer Engineering dan adiknya bekerja di Dubai.
Aku, Ayah Hassan dan Ibunya di hadapan Qubbah Sakhra. "Taala sayyid Amin..katanya"
Hassan bergambar kenangan di hadapan Masjid
Helwah Haza Masjid . Cantik masjid ni..kata Hassan
Tayangan video mengenai Masjid Al-Aqsa
Zalika masjid fi Iraq.. Masjid tu di Iraq ..kata Hassan
Travel tamat dalam pukul 1.30 petang. Puas hati juga dapat jalan-jalan dengan orang arab ni. Tapi hanya bahasa arab Hassan sahaja aku dapat faham sebab dia cakap dalam bahasa arab fushah.. Akhirnya dapatla juga praktik bahasa arab yang duk belajar selama ni dan lagi satu dapat masuk TTI free. Lama dah duk Terengganu tapi takpernah masuk ke situ.. InsyaAllah pada masa akan datang kita berjumpa lagi.
شكرا على زيارتكم إلى كوالا ترنجانو. أنا مسرور بلقاءكم وأرجو مقابلتكم مرة أخرى إن شاء الله.
1 comments:
s
Post a Comment