Thursday, February 4, 2010

Mulakan Segala Pekerjaan Dengan Basmalah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  

Di dalam al-Quran terdapat 114 surah. Semua surah dimulakan dengan lafaz basmalah kecuali surah at-Taubah. Hal ini menunjukkan bahawa tiap-tiap surah itu merupakan pemberian rahmat daripada Tuhan yang bersifat RAHMAN (pemberi rahmat) dan bersifat RAHIM ( sifat penyantun ). 


Sebenarnya keadaan ini menunjukkan bahawa Allah menyuruh kita memulai segala pekerjaan kita yang baik dengan membaca lafaz basmalah supaya pekerjaan kita itu sempurna dan diberkati.


Beberapa hadith menunjukkan bahawa tiap-tiap pekerjaan yang tidak dimulai dengan basmalah tidak akan sempuna kecuali jika ketika melakukan pekerjaan yang hina seperti istinja' dan menyapu sampah dan sebagainya. 

Membaca basmalah pada tiap-tiap permulaan pekerjaan seperti ketika mula makan, berniaga, belajar, mengarang , bersetubuh, akan menghasilkan berkat dan pertolongan daripada Allah.


Memulakan tiap-tiap permulaan pekerjaan dengan basmalah juga akan mengingatkan kita bahawa pekerjaan yang hendak dilakukan itu haruslah sesuai dengan syariat Allah dan akan menjadikan suasana kebersamaan kepada Allah sepanjang melakukan perkerjaan tersebut.


Semoga kita semua dapat mengamalkan bacaan basmalah pada setiap permulaan pekerjaan kita.

Tuesday, February 2, 2010

FAHAMi & KUASAI BIDANG ILMU

Ilmu akan diperoleh apabila penghalang yang paling besar iaitu EGO dibuang. Kita ini ibarat wadah yang kosong, sifat-sifat mahmudah dan ilmu akan masuk ke dalam diri kita jika HIJAB ini dibuang. Buangkan ego kita terhadap guru-guru dan pensyarah kita. Rendahkan diri dihadapan pemberi-pemberi ilmu serta tidak mendabik dada.

Mengapa kita perlu menguasai ilmu?
Kita perlu menguasai ilmu adalah untuk mendapat keyakinan dalam berdakwah. Oleh itu pendakwah harus menguasai semua jenis bidang ilmu.
العلم علمان :
فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع ؛ وعلم على للسان فذالك حجة الله على ابن آدم
Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati ( disertakan amal ), maka itulah yang bermanfaat dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah ( tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam.
Riwayat Ibnu Syaibah ddan Al Khatib


طلب العلم فريضة على كل مسلم
Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim.

Ilmu yang wajib dipelajari oleh semua muslim dan muslimat ialah :

1) Ilmu Aqidah / Usuluddin
2) Ilmu Fiqah
3) Ilmu Tasawuf

Manakala ilmu yang perlu dipelajari sebagai pelengkap ialah

1) Al-Quran ( Bacaan Tajwid dan Tafsir )
2) Al-Hadis ( Ilmu Mustolah Hadis )
3) Sirah (Baca dan Sampaikan )
4) Bahasa Arab
5) Dakwah
6) Semasa
7) (المؤمارات ) Konspirasi Musuh Islam
8) Usul Fiqh

Ilmu –ilmu di atas perlulah disebatikan dengan pengetahuan fikrah perjuangan yang  jelas dan tsaqafah mengenai isu-isu semasa, hiburan,politik, ekonomi ,pendidikan dan sebagainya.


Monday, February 1, 2010

Selamat Pengantin Baru Buat Ashraf Lukman



Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada sahabat senasyid Ustaz Ashraf bin Lukman dan Isterinya Nurul Hidayah. Walaupun perkahwinan ni dah berlansung pada tahun lepas namun rasanya masih belum terlambat untuk ana abadikan gambar kenangan ni di blog ni. Semoga sahabat-sahabat lain juga berjaya mengikut jejak langkah bertuah Ustaz Ashraf Lukman dalam meneruskan perjuangan sebagai pendidik dan pendakwah.

FARDUL MUSLIM - > BAITUL MUSLIM - > IJTIMAUL MUSLIM - > DAULAH ISLAMIAH 

Tak Sangka Ada Bakat Jadi Travel Guider

Surah Yusuf 108
...Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi
supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka?..
Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. 
Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?




“Min Kyfhal?" Tiba-tiba Ust Fakrul Azizi telefon. Aku menjawab ringkas , sohih..
Terdetik dalam hati, lama ustaz tak telefon aku ni, mesti ada sesuatu..

Min, enta free pagi sabtu ni sampai petang?
Rasanye free lagi stakat ni, nape ustaz?

Ana nak minta enta jadi travel Guider untuk sahabat dari Iraq boleh?
Ustaz biar betul, bahasa arab ana ni terabur, he2

Enta try la dulu, boleh praktik bahasa arab enta tu , ana tak sempat nak sambut kawan ana tu sebab kene bagi  kuliah kat UITM Kuala Terengganu.
Ok, enta sambut diorang kat Air Port Seberang Takir pukul 8 pagi esok ye. Dia datang dengan family dia.
 Baik ustaz ana try dulula…

Maka pagi sabtu tu jadila juga travel guider untuk sahabat Ustaz Azizi iaitu Hassan. Hassan bersama ayah, mak dan adik dia. Semuanya berasal dari Fallujah, Iraq. Hassan sedang mengambil Ijazah Kodoktoran di UITM Shah Alam dalam bidang Komputer Engineering dan adiknya bekerja di Dubai.



 
Aku, Ayah Hassan dan Ibunya di hadapan Qubbah Sakhra. "Taala sayyid Amin..katanya"

  
Hassan bergambar kenangan di hadapan Masjid

 
 Helwah Haza Masjid . Cantik masjid ni..kata Hassan


 
Tayangan video mengenai Masjid Al-Aqsa

  
Zalika masjid fi Iraq.. Masjid tu di Iraq ..kata Hassan

Travel tamat dalam pukul 1.30 petang. Puas hati juga dapat jalan-jalan dengan orang arab ni. Tapi hanya bahasa arab Hassan sahaja aku dapat faham sebab dia cakap dalam bahasa arab fushah.. Akhirnya dapatla juga praktik bahasa arab yang duk belajar selama ni dan lagi satu dapat masuk TTI free. Lama dah duk Terengganu tapi takpernah masuk ke situ..  InsyaAllah pada masa akan datang kita berjumpa lagi.

شكرا على زيارتكم إلى كوالا ترنجانو. أنا مسرور بلقاءكم وأرجو مقابلتكم مرة أخرى إن شاء الله.





Sunday, January 31, 2010

Betulke Allah Terima Amalan Kita Selama ni?

Seorang pejuang harus melakukan amalan ibadah yang iltizam kepada Allah s.w.t agar diberi kekuatan jiwa untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t  . Ia merupakan modal untuk  menempuh mehnah dan tribulasi  serta menangkis segala serangan musuh-musuh dalaman dan luaran.  Seorang pejuang juga haruslah memastikan bahawa seluruh kehidupannya menjadi ibadah sebagaimana ikrarnya 17 kali setiap hari di dalam doa iftitah.
Namun amal ibadah yang dilakukan itu haruslah dirasai manisnya sehingga dia cinta dan nikmat kepada amalan yang dilakukannya. Ketiadaan rasa manis dalam beribadah menandakan bahawa amalnya tidak diterima oleh Allah s.w.t.
Syaikh Ibnu Atho’illah menyebut di dalam kitabnya Al-Hikam bahawa:

مَنْ وَجَدَ ثَمَرَةَ عَمَلِهِ عَاجِلاً فَهُوَ دَلِيْلٌ عَلىَ وُجُوْدِ الْقَبُوْلِ آجِلاً.
Siapa yang dapat merasai buah dari amal ibadahnya di dunia ini, maka itu dapat dijadikan tanda diterima amalannya kelak.

Buah dari amal ibadah di dunia ini ialah merasakan lazat manisnya amal itu sehingga terasa sebagai nikmat yang tiada tolak bandingnya.


Oleh itu jika seseorang itu mahukan kemanisan dalam setiap amalan yang dilakukannya maka hendaklah ia bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu amalan dan memberikan sepenuh keikhlasan apabila melakukannya. Maka dia merasa manisnya amalan tersebut ketika melakukannya dan amalan sebegitulah diterima dengan kurniaan dari  Allah.


Tepatlah firman Allah s.wt  di dalam surah al-ankabut ayat 56:


Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.

Tuesday, January 19, 2010

Cara Cepat Download Files dari Scribd.com

Hari ni ana nak kongsi satu ilmu yang cantik untuk sahabat-sahabat sekalian. Seringkali kita menjumpai bahan-bahan rujukan yang baik dari Scribd.com. Namun sukar untuk mendownload files tersebut. Caranya mudah sahaja.


1. Caranya kita masuk ke versi mobile nya scribd alamatnya http://www.scribd.com/mobile




2. Cari judul artikel yang akan dicari.





3. Download Now file tersebut




Selamat Mencuba..=)

ISLAM UNTUK SEMUA

Ilmu ini dipetik dari blog : http://www.codename-anjar.co.cc/2009/12/cara-cepat-mencari-dan-download-artikel.html





Monday, January 18, 2010

Aku Tak Suka Politik Sebab Politik Itu Kotor


Suatu hari Abi bagitahu saya bahawa dia pernah jumpa seorang penjual buku-buku di salah sebuah tempat ceramah. Lalu Abi pun bertanya kepadanya. 

Abi  : Saya percaya tuan mesti banyak membaca buku kerana tuan seorang penjual buku.
Penjual buku   : Ya, Sudah banyak buku-buku. Saya pun seorang ulat buku sebenarnya.



Abi   : Kalau begitu apa pendapat tuan tentang politik.

Penjual Buku : Sudah banyak buku dan akhbar saya baca, rata-rata saya melihat politik itu sangat kotor, jijik dan penuh penipuan, banyak rasuah dan penyelewengan, banyak udang di sebalik batu.



Abi   : Silap , kalau tuan berfikiran begitu.
Penjual Buku  : Kenapa?




Abi   : Dalam soal sembahyang pun ada sembahyang cara kotor.
Penjual Buku  :  Macamana pulak sembahyang cara kotor? Ada juga ye..


Abi  : Ada banyak, cara sembahyang kotor ialah cara sembahyang bukan cara Islam ajar. Seperti sembahyang cara hindu, cara budha, cara kristian . Sudah tentu cara sembahyang begini salah dan ditolak oleh Tuhan.Begitu juga dengan Politik, ada cara kotor dan ada cara Islam. Ia dinamakan Politik Islam. 


Penjual Buku : Terdiam..
Abi  : Tuan, Islam itu syumul, lengkap segala ada pada Islam termasuk juga politik.. Berpolitik cara Islam, bukan mempolitikkan Islam. Wassalamualaikum.



 
Fikrah Seorang Mursyid. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.