Sunday, January 31, 2010

Betulke Allah Terima Amalan Kita Selama ni?

Seorang pejuang harus melakukan amalan ibadah yang iltizam kepada Allah s.w.t agar diberi kekuatan jiwa untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t  . Ia merupakan modal untuk  menempuh mehnah dan tribulasi  serta menangkis segala serangan musuh-musuh dalaman dan luaran.  Seorang pejuang juga haruslah memastikan bahawa seluruh kehidupannya menjadi ibadah sebagaimana ikrarnya 17 kali setiap hari di dalam doa iftitah.
Namun amal ibadah yang dilakukan itu haruslah dirasai manisnya sehingga dia cinta dan nikmat kepada amalan yang dilakukannya. Ketiadaan rasa manis dalam beribadah menandakan bahawa amalnya tidak diterima oleh Allah s.w.t.
Syaikh Ibnu Atho’illah menyebut di dalam kitabnya Al-Hikam bahawa:

مَنْ وَجَدَ ثَمَرَةَ عَمَلِهِ عَاجِلاً فَهُوَ دَلِيْلٌ عَلىَ وُجُوْدِ الْقَبُوْلِ آجِلاً.
Siapa yang dapat merasai buah dari amal ibadahnya di dunia ini, maka itu dapat dijadikan tanda diterima amalannya kelak.

Buah dari amal ibadah di dunia ini ialah merasakan lazat manisnya amal itu sehingga terasa sebagai nikmat yang tiada tolak bandingnya.


Oleh itu jika seseorang itu mahukan kemanisan dalam setiap amalan yang dilakukannya maka hendaklah ia bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu amalan dan memberikan sepenuh keikhlasan apabila melakukannya. Maka dia merasa manisnya amalan tersebut ketika melakukannya dan amalan sebegitulah diterima dengan kurniaan dari  Allah.


Tepatlah firman Allah s.wt  di dalam surah al-ankabut ayat 56:


Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.

Tuesday, January 19, 2010

Cara Cepat Download Files dari Scribd.com

Hari ni ana nak kongsi satu ilmu yang cantik untuk sahabat-sahabat sekalian. Seringkali kita menjumpai bahan-bahan rujukan yang baik dari Scribd.com. Namun sukar untuk mendownload files tersebut. Caranya mudah sahaja.


1. Caranya kita masuk ke versi mobile nya scribd alamatnya http://www.scribd.com/mobile




2. Cari judul artikel yang akan dicari.





3. Download Now file tersebut




Selamat Mencuba..=)

ISLAM UNTUK SEMUA

Ilmu ini dipetik dari blog : http://www.codename-anjar.co.cc/2009/12/cara-cepat-mencari-dan-download-artikel.html





Monday, January 18, 2010

Aku Tak Suka Politik Sebab Politik Itu Kotor


Suatu hari Abi bagitahu saya bahawa dia pernah jumpa seorang penjual buku-buku di salah sebuah tempat ceramah. Lalu Abi pun bertanya kepadanya. 

Abi  : Saya percaya tuan mesti banyak membaca buku kerana tuan seorang penjual buku.
Penjual buku   : Ya, Sudah banyak buku-buku. Saya pun seorang ulat buku sebenarnya.



Abi   : Kalau begitu apa pendapat tuan tentang politik.

Penjual Buku : Sudah banyak buku dan akhbar saya baca, rata-rata saya melihat politik itu sangat kotor, jijik dan penuh penipuan, banyak rasuah dan penyelewengan, banyak udang di sebalik batu.



Abi   : Silap , kalau tuan berfikiran begitu.
Penjual Buku  : Kenapa?




Abi   : Dalam soal sembahyang pun ada sembahyang cara kotor.
Penjual Buku  :  Macamana pulak sembahyang cara kotor? Ada juga ye..


Abi  : Ada banyak, cara sembahyang kotor ialah cara sembahyang bukan cara Islam ajar. Seperti sembahyang cara hindu, cara budha, cara kristian . Sudah tentu cara sembahyang begini salah dan ditolak oleh Tuhan.Begitu juga dengan Politik, ada cara kotor dan ada cara Islam. Ia dinamakan Politik Islam. 


Penjual Buku : Terdiam..
Abi  : Tuan, Islam itu syumul, lengkap segala ada pada Islam termasuk juga politik.. Berpolitik cara Islam, bukan mempolitikkan Islam. Wassalamualaikum.



Saturday, January 9, 2010

TIP MEMBENTUK PERIBADI BERJIWA KENTAL






Ulama’ mengatakan    مَنْ لاَ وِرْدَ لَهُ لاَ وَارِدَ لَهُ   Sesiapa yang tidak berwirid maka tiada warid baginya.

Wirid adalah amalan yang dikerjakan didunia secara tetap dan tertib di dunia ini juga berupa ibadah secara tertib termasuk zikir, yang dikerjakan terus menerus, tidak pernah ditinggalkan.

Warid adalah nurullah yang bersinar-sinar didalam dadanya yang dikurniakan  Allah kedalam batin para hambanya berupa ilmu, ilham, rezeki,   dan memberikan  kenikmatan merasakan ibadah, hidayah dan taufiq Allah. Warid menjadikan  jiwa kita kuat.


Perjuangan ini menjanjikan cabaran dan dugaan kepada para pendokongnya.  Jika antum bersetuju untuk berada di dalam gerakan ini, cabaran akan menjadi lebih tinggi dan antum akan mula menjadi sibuk. Oleh itu untuk menghadapi cabaran ini antum memerlukan kepada warid akan menjadikan jiwa kuat dan mendapat pertolongan Allah s.w.t dalam setiap perkara.

Amalan yang baik untuk guru serta para pejuang gerakan Islam.


1.    1. Qiamullail. قم اليل إلا قليلا
2.    2. Solat dhuha dan berdoa dengan doa berikut :


اللهم إن الضحئ ضحائك والبهاء بهائك والجمل جملك والقوة قوتك والقدرة قدرتك والعصمة عصمتك. اللهم إن كان رزقي في السماء فأنزله لي وإن كان في الأرض فأخرجه لي وإن كان بعيدا فقربه لي وإن كان قريبا فيسره وإن كان قليلا فكثره وإن كان كثير فوهنه.
اللهم بحق ضحائك بهائك وجملك وقوتك وقدرتك وعصمتك.
اللهم آتيني ما أتيت عبادك الصالحين.
3.    3. Melazimi surah al-Mulk setiap malam
4.    4. Bacaan Matsurat pagi dan petang

PEMIMPIN ACUAN AL-QURAN


Untuk sahabat-sahabat yang menjadi pimpinan organisasi, samada JPP ,biro agama, pengerusi persatuan dan sebagainya, suka ana bawakan beberapa intisari al-quran yang menunjukkan sifat-sifat pemimpin serta peranan yang harus dimainkan oleh mereka dalam mencapai mardhatillah sebagaimana yang digariskan di dalam al-Quran.


وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ-  السجدة 24  

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.




يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا- Membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami
صَبَرُوا- Bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu)
وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ- Yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.


وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ -الأنبياء73
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.

يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا- Memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami
فِعْلَ الْخَيْرَاتِ - Mengerjakan kebaikan
وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ - Mendirikan sembahyang, serta memberi zakat
 - عَابِدِينَ Sentiasa Beribadat

......... وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ -الحج77

Kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

KEKUATAN IMAN + KEKUATAN HATI = KEMENANGAN



نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى13(
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk.

 وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَهاً لَقَدْ قُلْنَا إِذاً شَطَطاً14(
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.

Di dalam ayat ini Allah menceritakan tentang umat terdahulu, namun hukumnya digunapakai untuk umat di zaman ini. Allah s.w.t menganugerahkan 2 kenikmatan untuk pemuda-pemuda yang iltizam bekerja untuk Islam di atas dasar keimanan dan ketaqwaan iaitu :

وَزِدْنَاهُمْ هُدًى    - Mendapat petunjuk
وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ- Dikuatkan hati


Apabila berjuang dan bekerja di jalan Allah sudah tentu banyak mehnah dan tribulasi yang akan diterima oleh para jundullah. Jika mereka ikhlas dan iltizam di dalam gerak kerjaIslam, maka Allah akan menguatkan hati dan mengikat ikatan ukhwah dan mahabbah di kalangan mereka.

Jauhi dari "Duduk Saja"



Perjuangan yang kita bawa ini merupakan mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. Kita bukanlah pemula kepada perjuangan ini tetapi kitalah yang meneruskannya. Dakwah Rasulullah harus diteruskan.  Bertuah kita kerana dipilih oleh Allah untuk berada sebaris dengan orang-orang yang sama berjuang di jalan Allah s.w.t. Namun apa yang kita takuti ialah kita dipilih untuk berjuang semasa muda tetapi apabila tua kita tercicir di medan dakwah. Perjuangan menegakkan Islam ini selalunya tidak cukup orang kerana semua tidak mengingininya, namun pejuangan Thaqut ramai orang kerana semua orang nak. 


Perbandingan Orang yang berjuang dan orang yang duduk sahaja.


لاَّ يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُـلاًّ وَعَدَ اللّهُ الْحُسْنَى وَفَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْراً عَظِيماً.  النساء : 95
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.

3 Kelebihan Orang Datang Berjuang


 دَرَجَةً  - kelebihan satu darjat
الْحُسْنَى  - balasan yang baik (Syurga)
أَجْراً عَظِيماً - pahala yang amat besar

وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ
- harta benda بِأَمْوَالِهِمْ
- jiwa mereka وَأَنفُسِهِمْ


Terdapat di kalangan sahabat kita yang amat kedekut dan berkira untuk menginfaqkan harta mereka di jalan Allah s.w.t .  Ada juga di kalangan sahabat kita yang mudah untuk memberikan sesuatu tetapi apabila diminta datang ke program, usrah, liqa’  dan sebagainya adalah amat susah.



Mereka yang berjuang di jalan Allah s.w.t haruslah menginfaqkan hartanya dan dirinya ke jalan Allah s.w.t barulah sesuai dengan sifat orang berjuang sebagaimana yang disebutkan oleh Allah s.w.t  dalam ayat diatas.
 
Fikrah Seorang Mursyid. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.