Sudah menjadi lumrah, manusia yang hidup didunia ini tidak dapat lari dari mempengaruhi orang lain atau dipengaruhi orang lain.
Manusia yang ada kekuatan merupakan manusia yang bertindak sebagai agen perubah. Manusia yang ada kekuatan ini dipanggil Muassir (boleh mempengaruhi). Manakala manusia yang tiada kekuatan ini dipanggil Mutassir (terpengaruh).
Jika ditinjau pada sirah Rasulullah, baginda hidup dalam suasana jahiliah yang sesat lagi menyesatkan, namun beliau sedikit pun tidak terpengaruh dan tidak terkesan dengan suasana tersebut. Malah beliau menjadi perubah dan pemberi sumbangan kepada masyarakat. Rasulullah mempunyai kekuatan sebagai Muassir kepada manusia seluruh alam. Firman Allah s.w.t :
وَدَاعِياً إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجاً مُّنِيراً
Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufik yang diberiNya dan sebagai lampu yang menerangi.
Dalam konteks kita sebagai umat Islam maka tanyakanlah diri samada mahu menjadi agen perubah kepada masyarakat atau menjadi orang yang terus terpengaruh dan hanyut dalam kelalaian serta larut dalam kesesatan jahiliah.
Ayuhlah bangkit bersama menjadi MUASSIR yang bangun dan aktif membantu menegakkan syariat Allah. Berazam dan bertindaklah hari ini juga kerana hari esok belum pasti ada bagi kita...
0 comments:
Post a Comment