Sunday, December 27, 2009
Sunday, December 20, 2009
Jadilah ‘Muassir’ bukan ‘Mutaassir’
Saturday, November 14, 2009
MUSLIMAH & GAMBAR, MANA SALAHNYA
ADA APA DENGAN GAMBAR..??
Baiklah... ana rase mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..? Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu perkatakan selepas ini...
ana mulakan dengan persoalan..
Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??
1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?
dan byk lagi ana rase....
jd.. di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2 Friendster dan respon mereka...
KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA
Sedarlah wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh berharga..? adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum..??
Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya..
Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..?? Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk mengupload gambar kamu di alam maya ini..
Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari...
Tidakkah kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki... Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan kecantikan mereka ditunjuk2..?
INGAT..!! dengan kemudahan sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks, dan lain2.. Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya.... Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri...
(jaga2..!! ana juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe photoshop ini.. hehehe...
MUSLIMAH DAN GAMBAR
Perlu ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum... tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya.. Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..
namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat ..
Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah syaitan..??
Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... Sabda Nabi: Perempuan itu boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....(mafhum)
Sedarlah muslimah/akhowat.. sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu hanya HALAL DILIHAT BERKALI2 OLEH MEREKA YG BTOL2 LAYAK SAHAJA.. tidak perlulah berbangga dgn apa yg telah Allah anugerahkan kpdmu dgn menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na'uzubillah..!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH...!!
Sunday, November 8, 2009
Sahabatku Jadi Tetamu Allah
“Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”
Baru-baru ni saya dan sahabat-sahabat telah mengiringi sahabat seperjuangan AREP (nama sebenar Arifudin) ke Terminal Bas Kuala Terengganu. Ramai lagi sahabat-sahabat lain yang hendak hadir bersama tetapi apakan daya tak cukup transport.. he2 Arep akan bersama-sama ibunya memulakan ‘misi’ penting melakukan satu persatu ibadat tertentu bagi membuktikan mereka hamba yang kerdil kepada pencipta-Nya. Dengan iringan doa, semoga tetamu 'jemputan' Allah ini dapat menunaikan ibadat wajib berkenaan dengan sempurna dan pulang dengan haji mabrur. Kepulangan AREP ke Malaysia nanti diharapkan dapat menguatkan lagi pacuan perjuangan dan menaikkan semangat sahabat-sahabat yang lain untuk berjuang menegakkan agama Allah.. InsyaAllah
Mengiringi sahabatku ini, mengingatkan saya sejarah awal ibadat haji ini yang telah dibawa junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu usaha menyambung ajaran Nabi Ibrahim. Mengerjakan haji ini mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah. Pada permulaan ibadat itu, Rasulullah s.a.w bersama kira-kira 1,500 umat Islam berangkat ke Makkah tetapi gagal mengerjakannya kerana dihalang kaum Quraisy sehingga termeterai Perjanjian Hudaibiah yang membuka jalan bagi mengembangkan Islam.
Selepas perjanjian itu, pada tahun berikutnya, tahun ke-7 Hijrah, 2,000 umat Islam mengerjakan umrah bersama-sama Nabi Muhamad s.a.w. Namun, haji yang sempurna hanya dapat dilakukan pada tahun ke-9 Hijrah apabila Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengepalai 300 umat Islam mengerjakan haji.
Sepanjang hayat Nabi Muhammad s.a.w, baginda menunaikan fardhu haji sekali saja. Haji itu dinamakan ‘Hijjatul Wada’, Hijjatul Balagh dan Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji berkenaan baginda wafat. Rasulullah berangkat ke Madinah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat seramai lebih 90,000 orang.
Baginda melakukan amalan seperti sunat ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali iaitu 10km dari Madinah. Rasulullah sampai di Makkah pada 4 Zulhijjah selepas melakukan perjalanan selama 9 hari. Kemudian baginda berangkat ke Mina pada 8 Zulhijjah dan bermalam di situ.
Pada 9 Zulhijjah Rasulullah berwukuf di Arafah yang pada hari itu jatuh pada hari Jumaat dan merayakan Aidiladha di sana. Rasulullah s.a.w menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Pada hari terakhir pada 14 Zulhijjah, baginda meninggalkan Makkah pulang ke Madinah.
Wednesday, October 21, 2009
Bangga Jadi Muslim di Kelantan

Pada hari Rabu, 21 Oktober 2009 adalah ulang tahun ke-19 pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulamak.
Sekaligus mengesahkan telah 19 tahun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Ia juga adalah ulang tahun ke-19 bagi pelaksanaan slogan Membangun Bersama Islam yang dijadikan panduan perancangan pembangunan negeri.
Ia satu slogan yang mendahulukan nilai-nilai ad-din di dalam memenuhi harapan rakyat. Ini juga bermakna, selama 19 tahun prinsip pentadbiran berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan telah dijadikan amalan oleh seluruh agensi kerajaan negeri Kelantan.
Maka, selayaknya telah berlaku kesan nyata daripada perancangan dan pelaksanaan ke atas tiga aspek perjalanan kerajaan negeri falsafah kepimpinan, slogan dan prinsip pentadbiran,sekaligus menobatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar yang ulung menerajui eksekutif kerajaan negeri.
Justeru itu, sempena mengingati ulang tahun ke-19, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menerajui kepimpinan ulamak mentadbir negeri Kelantan, semua laluan sejarah lepas sewajarnya dijadikan pengalaman, demi menyongsong kejayaan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Tuesday, October 20, 2009
Berita Gembira - > Peluang Bisnes Untuk Anda

Ramai sahabat-sahabat yang ajak saya bisnes dan cerita pelbagai jenis ilmu bisnes. Macam-macam jenis bisnes ada. Sehinggakan bisnes multilevel yang jelas haram pun digodanya saya untuk menyertainya. Namun s aya perhatikan kehidupan mereka jelas semakin jauh mereka itu dari tuhan, semakin sibuk mereka itu dengan bisnes mereka. Ke sana ke mari sehingga lupa sudah mereka kepada rumah Allah. Sebelum berbisnes mereka merupakan ahli kepada rumah Allah, kuat bekerja untuk Islam, tetapi sesudah menceburi bisnes sebaliknya pula terjadi.
Teringat saya kata-kata naqib hasil ulasannya dari sebuah hadis :
“ Apabila Allah murka pada seseorang, maka Allah berikannya harta yang haram dan Allah kirimkan syaitan untuk menjaga harta-hartanya. Maka syaitan pun menyibukkannya dengan kekayaan sehingga dia tiada masa lagi untuk Islam. Tiada masa lagi untuk beramal dan bekerja untuk memperjuangkan Islam. Tiada masa lagi untuk solat berjemaah di masjid, berusrah dan sebagainya. Lebih parah lagi, dia tidak akan terasa bahawa dia telah dilalaikan oleh syaitan dengan harta-hartanya.”
Ramai para sahabat Rasulullah dengan sebab harta, mereka menjadi kaya raya. Namun kekayaan mereka menjadi jambatan ke syurga. Semakin kaya mereka, semakin kuat mereka berjuang untuk agama Allah. Tetapi manusia sekarang meninggalkan kerja-kerja Islam untuk menjadi kaya. Jadi terbalik “coowhere” (istilah kelantan). Jauhnya kita jika hendak dibandingkan dengan para sahabat.
Kata naqib lagi :
“ Alamat orang yang dimurkai oleh Allah s.w.t ialah dia susah hendak melakukan kebaikan dan sangat mudah dan senang untuk membuat maksiat dan kejahatan. Sebaliknya alamat orang yang disukai Allah ialah dia berasa senang untuk melakukan kebaikan dan berasa berat untuk melakukan maksiat dan kejahatan kepada Allah.
Saya rasa terpukul dengan kata-kata naqib dan mula sedar diri...
ALLAH AJAK KITA BUAT BISNES
Di dalam surah yang lain (as-Soff 10-12) Allah menjanjikan sebuah bisnes yang dapat menyelamatkan diri orang-orang beriman daripada azab neraka yang tidak terperi sakitnya dengan hanya bermodalkan kepada dua perkara iaitu :
Modal 1: Beriman kepada Allah dan Rasul.
Modal 2: Berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri.
Daripada bisnes ini Allah s.w.t menjanjikan 3 untung bersih iaitu :
Untung 1 : Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu
Untung 2 : Masuk ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
Untung 3 : Ditempatkan di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn"
Malahan ada lagi tambahan bonus daripada keuntungan tersebut iaitu :
Bonus 1 : Mendapat limpah kurnia yang disukainya.
Bonus 2 : Mendapat pertolongan dari Allah.
Bonus 3 : Kemenangan yang cepat.
Inilah berita-berita gembira tentang bisnes yang Allah yang harus disahut oleh orang-orang beriman dan disampaikan kepada para mukminin yang lain Allah s.w.t. Allah s.w.t meyebut di akhir ayat ini “Itulah kemenangan yang besar”. Oleh itu marilah kita sama-sama berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan seikhlas hati agar kejayaan menjadi milik kita.




Kuala Lumpur Time