Wednesday, March 4, 2009

Malam Bicara Pemimpin Bakal Jpp IPGM DRI

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Berikut adalah teks manifesto ana untuk tatapan antum dan kepada mereka yang tidak dapat hadir pada malam bicara pemimpin pada 3hb mac baru-baru ini.

Terima kasih kepada pengerusi majlis, yang dihormati para pensyarah sekalian, ahli jawatankuasa pilihanraya kampus 2009, sahabat seperjuangan sekalian seterusnya warga dewan, warga intelek berkarisma. Assalamualaikum dan salam perpaduan. Jutaan ucapan terima kasih saya hulurkan, kerana sudi hadir mendengar bicara pemimpin pada malam ini. Kehadiran kaliansemua pada malam ini merupakan petanda awal yang menunjukkan sokongan kerjasama yang baik kepada bakal pimpinan jpp bagi sesi 2009/2010.

Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian,

Sebelum bibir membuka bicara, sebelum manifesto dirungkai rapi,

Sengaja, saya sebutkan di sini bahawa jawatan ini bukanlah untuk kita menempa nama, dan bukanlah untuk mencari keistimewaan. Namun, memilih untuk menjadi calon jpp, sebenarnya adalah memilih untuk memegang amanah Allah yang maha berat. Amanah ini pernah ditawarkan kepada langit dan bumi serta gunung-ganang untuk memikulnya, tetapi mereka enggan! Dan mereka bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu), manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.

Disebalik diri yang hina ini memilih menjadi calon jpp, ianya merupakan sebuah pengorbanan diri saya untuk menyahut seruan Allah s.w.t sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Bukan sahaja khalifah untuk umat islam tetapi khalifah untuk umat manusia seluruhnya.

Baiklah bagi meneruskan agenda, seterusnya saya ingin merungkaikan keberanian manifesto saya pada pandangan khalayak umum.

1.Berkorban diri, masa dan tenaga demi kebajikan guru-guru pelatih. 2.Membawa suara guru pelatih kepada pihak intitut untuk dipertimbangkan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. 3.Merancang program-program ilmiah dan memperbanyakkan wacana ilmu dalam menyahut cabaran pengarah BPG, untuk melahirkan guru pelatih yang mempunyai minda kelas pertama. 4.Mewujudkan biah hasanah iaitu suasana sihat dan harmoni di ipg
kampus dato razali ismail ini.

Jika dirangkumkan semua manifesto saya tadi, maka lahirlah slogan yang saya laungkan-laungkan iaitu “hidup untuk memberi”

Oleh itu, saya mohon kepada kalian semua supaya,

Jangan sekali-kali undi saya jika kalian merasakan saya tidak mampu, membawa, perubahan dalam kepimpinan jpp bagi sesi 2009 / 2010.

Namun jika kalian yakin saya merupakan agen yang dapat memberi manfaat, kebaikan serta perubahan kepada institut. Maka undilah saya..

Namun yang paling utama saya akan ialah memperjuangkan hak2 saudara-saudari di ipg ini.

Maka undilah saya tetapi dengan syarat, kalian seharusnya memberi sepenuh kerjasama dan sokongan yang padu kepada saya dalam memimpin jawatan perwakilan pelajar. Tanpa kerjasama dan sokongan kalian semua, datanglah pemimpin sehebat mana pun , sudah pasti akan kecundang jua.

Takbir !

3 comments:

Tinta Al-Murabbi said...

Salam..bes la speech ni..ana terasa kagum dgn susunan ayat ni!hehe..mesti lg best kalau disampaikan dgn penuh bersemangat!!HUHU

Nur Salsabila Isa said...

moga terus diberi kekuatan untuk memimpin, terutamanya di IPDR..sentiasa ikhlas dalam bekerja dan rasional dalam setiap tindakan..Allah sentiasa disamping nta..

MOHD AMIN said...

InsyaAllah

 
Fikrah Seorang Mursyid. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.