ِAllah s.w.t berfirman :
“ Dari perut lebah itu keluarlah minuman madu yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar (ubat) bagi manusia.
Surah an-Nahl 69
Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Tetaplah kamu berubat dengan al-Habbatus Sawda’. Ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali mati. (H.R Bukhari)
Sebagai orang yang beriman, kita wajib yakin dan mengimani bahawa setiap perkara yang disebut di dalam al-Quran dan hadis adalah benar dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Penggunaan madu dan habbatus sawda' (blackseed) dalam perubatan telah lama diamalkan oleh ulama-ulama silam cumanya promosi ataupun pengiklanan kepada ubat-ubatan serta pil-pil yang lain seperti panadol, minyak cap kapak, dan lain-lain lebih hebat daripada promosi perubatan berasaskan madu & habbatus sawda ini menyebabkan perubatan dari al-Quran menjadi terkebelakang dan menjadi tidak popular.
Oleh itu peranan kitalah umat Islam mempromosikan penyembuh dari al-Quran dan hadis ini kepada seluruh masyarakat dunia dalam usaha mengagungkan dan menyerlahkan lagi mukjizat al-Quran. Sempena bulan Ramadhan yang berkat ini marilah kita sama-sama mempromosi & mengamalkan pemakanan madu dan habbatus sawda' untuk mengekalkan kesihatan dan seterusnya dapat mengerjakan ibadah dengan semaksima yang mungkin. Salam Ramadhan Untuk Semua
0 comments:
Post a Comment