Sunday, January 31, 2010

Betulke Allah Terima Amalan Kita Selama ni?

Seorang pejuang harus melakukan amalan ibadah yang iltizam kepada Allah s.w.t agar diberi kekuatan jiwa untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t  . Ia merupakan modal untuk  menempuh mehnah dan tribulasi  serta menangkis segala serangan musuh-musuh dalaman dan luaran.  Seorang pejuang juga haruslah memastikan bahawa seluruh kehidupannya menjadi ibadah sebagaimana ikrarnya 17 kali setiap hari di dalam doa iftitah.
Namun amal ibadah yang dilakukan itu haruslah dirasai manisnya sehingga dia cinta dan nikmat kepada amalan yang dilakukannya. Ketiadaan rasa manis dalam beribadah menandakan bahawa amalnya tidak diterima oleh Allah s.w.t.
Syaikh Ibnu Atho’illah menyebut di dalam kitabnya Al-Hikam bahawa:

مَنْ وَجَدَ ثَمَرَةَ عَمَلِهِ عَاجِلاً فَهُوَ دَلِيْلٌ عَلىَ وُجُوْدِ الْقَبُوْلِ آجِلاً.
Siapa yang dapat merasai buah dari amal ibadahnya di dunia ini, maka itu dapat dijadikan tanda diterima amalannya kelak.

Buah dari amal ibadah di dunia ini ialah merasakan lazat manisnya amal itu sehingga terasa sebagai nikmat yang tiada tolak bandingnya.


Oleh itu jika seseorang itu mahukan kemanisan dalam setiap amalan yang dilakukannya maka hendaklah ia bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu amalan dan memberikan sepenuh keikhlasan apabila melakukannya. Maka dia merasa manisnya amalan tersebut ketika melakukannya dan amalan sebegitulah diterima dengan kurniaan dari  Allah.


Tepatlah firman Allah s.wt  di dalam surah al-ankabut ayat 56:


Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.

0 comments:

 
Fikrah Seorang Mursyid. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.