Saturday, January 9, 2010

Jauhi dari "Duduk Saja"



Perjuangan yang kita bawa ini merupakan mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. Kita bukanlah pemula kepada perjuangan ini tetapi kitalah yang meneruskannya. Dakwah Rasulullah harus diteruskan.  Bertuah kita kerana dipilih oleh Allah untuk berada sebaris dengan orang-orang yang sama berjuang di jalan Allah s.w.t. Namun apa yang kita takuti ialah kita dipilih untuk berjuang semasa muda tetapi apabila tua kita tercicir di medan dakwah. Perjuangan menegakkan Islam ini selalunya tidak cukup orang kerana semua tidak mengingininya, namun pejuangan Thaqut ramai orang kerana semua orang nak. 


Perbandingan Orang yang berjuang dan orang yang duduk sahaja.


لاَّ يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُـلاًّ وَعَدَ اللّهُ الْحُسْنَى وَفَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْراً عَظِيماً.  النساء : 95
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.

3 Kelebihan Orang Datang Berjuang


 دَرَجَةً  - kelebihan satu darjat
الْحُسْنَى  - balasan yang baik (Syurga)
أَجْراً عَظِيماً - pahala yang amat besar

وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ
- harta benda بِأَمْوَالِهِمْ
- jiwa mereka وَأَنفُسِهِمْ


Terdapat di kalangan sahabat kita yang amat kedekut dan berkira untuk menginfaqkan harta mereka di jalan Allah s.w.t .  Ada juga di kalangan sahabat kita yang mudah untuk memberikan sesuatu tetapi apabila diminta datang ke program, usrah, liqa’  dan sebagainya adalah amat susah.



Mereka yang berjuang di jalan Allah s.w.t haruslah menginfaqkan hartanya dan dirinya ke jalan Allah s.w.t barulah sesuai dengan sifat orang berjuang sebagaimana yang disebutkan oleh Allah s.w.t  dalam ayat diatas.

0 comments:

 
Fikrah Seorang Mursyid. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.